Cara Buat Iklan Berbayar Untuk Tambah Subscriber dan Watch Hour

0

Dalam tutorial kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana cara buat iklan berbayar untuk tambah subscriber dan watch hour.

Untuk iklan berbayar ni, saya tidak sarankan kepada anda yang telah monetize sebab tujuan asal kita buat video di YouTube adalah untuk dapatkan duit dan bukannya untuk tambah beban.

Tujuan tutorial ni dibuat untuk bantu anda yang masih tidak capai Watch hour dan juga subscriber. Dengan cara yang saya tunjukkan ini, ia boleh bantu anda dengan lebih cepat.

Jadi, bagaimana nak buat?

Ikut tutorial di bawah.

Sebelum tu, tips untuk berjaya guna teknik ni adalah, anda mesti pilih video yang terbaik dalam channel youTube anda di mana anda rasa ianya boleh menarik perhatian penonton untuk share atau lihat video sampai habis.

cara tambah subscriber dengan iklan berbayar

Jika tiada, anda perlu fikir dahulu dan cuba buat video yang terbaik satu.

Kalau dah ada video terbaik, anda boleh gunakan teknik di bawah ini.

Cara Buat Iklan Berbayar Untuk Tambah Subscriber dan Watch Hour

Langkah 1 Login terlebih dahulu ke dalam channel anda dan pergi ke YouTube studio.

Langkah 2 Hoverkan tetikus anda pada iklan yang anda nak iklankan. Nanti dia keluar tiga titik bertindih. Klik pada tiga titik bertindih tersebut.

Ingat pesan saya awal-awal tadi.

Pilih video yang betul-betul menarik untuk orang tengok.

Langkah 3 Kemudian, ia akan keluar dropdown dan klik pada promote.

Langkah 4 Klik pada butang get started.

Langkah 5 Di sini nanti anda akan diberikan dua pilihan di mana nak paparkan iklan tersebut samaada di dalam video atau dalam list teratas dalam senarai video.

Pilihan tersebut adalah;

  1. Automatically played before, during or after other YouTube videos (Best for driving traffic to an external website) – Maksudnya pilihan ni jika anda nak paparkan iklan video anda dalam video orang lain. Jika orang tersebut letak video mereka dalam website, iklan anda tetap dipaparkan secara random.
  2. Placed as a thumbnail next to related videos or on the YouTube homepage (Best for driving traffic to the ads video page) – Maksudnya jika anda pilih pilihan yang ni, iklan video anda akan dipaparkan dalam list di youtube tapi paling atas.

Kemudian, scroll di bawah sikit anda akan lihat seperti gambar di atas.

Pilih thumbnail yang mana anda rasakan sesuai, masukkan tajuk dan description yang menarik kemudian klik butang next.

Langkah 6 Paparan seterusnya pilih kawasan mana yang anda nak iklan anda dipaparkan. Samaada di seluruh negara, Malaysia sahaja atau negeri-negeri tertentu sahaja. boleh pilih.

Nanti anda boleh lihat estimation di sebelah kanan berapa orang berpotensi akan lihat iklan anda.

Jika dah puas hati setting, klik butang next.

Langkah 7 Pada bahagian ni pula, anda dikehendaki pilih kepada siapa anda nak tunjukkan iklan ni mengikut jantina, umur dan parental status.

Di sebelah kanan anda akan lihat berapa orang yang berpotensi dapat lihat iklan anda berdasarkan apa yang anda setkan sebentar tadi.

Langkah 8 Di sini anda ada dua bahagian yang perlu pilih iaitu;

  1. Keep interest as broad as possible – Maksudnya tunjukkan pada semua orang tak kira dia minat memancing ke, minat membeli ke dan sebagainya. Pilihan ni adalah meluas.
  2. Reach people with these specific interest that you select below – Maksudnya jika anda buat pilihan ni, anda boleh pilih iklan ni nak tunjukkan kepada apa yang mereka minat. Macam contoh minat memasak, membeli, melancong dan sebagainya.

Tapi di sini saya pilih pilihan pertama sebab saya nak paparkan pada semua.

Kemudian, klik butang next.

Langkah 9 Di sini pula anda boleh tetapkan berapa budget anda sehari. Biasanya takkan habis.

Pilih budget betul-betul kan tak pasal-pasal kena bayar lebih.

Langkah 10 Pada bahagian akhir ni, anda boleh review semula apa yang telah anda setting supaya tiada kesilapan berlaku.

Review betul-betul dan jika dah berpuas hati klik pada butang next.

Sekarang, anda akan dibawa direct ke halaman Google Ads.

Sampai langkah ini, iklan anda sudah siap setting.

Cara Lihat Analisis

Untuk lihat analisis iklan video kita tu, anda boleh login ke Google ads.

Kemudian lihat pada Video campaigns » Food Panda (nama iklan anda) » Analytics

Nanti statistik anda dapat lihat seperti di bawah.

Kesimpulan

Dalam tutorial ini, saya telah tunjukkan cara bagaimana anda boleh menambah bilangan subscriber dan dapatkan jumlah 4000 jam tontonan dengan pantas dengan teknik buat iklan berbayar.

Jadi, anda boleh ikut cara di atas.

Jika anda masih ada soalan dan tidak faham, boleh tinggalkan komen di bawah ya.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply