20 Tips Cara Cepat Dapat Subscriber YouTube

2

Ada ke tips cara cepat dapat subscriber YouTube? Nak jadi seorang YouTuber yang betul-betul berjaya ni bukan mudah sebenarnya. Banyak faktor untuk diambil kira.

Jadi, mungkin tips yang saya kongsikan ini akan bantu anda serba sedikit untuk dapatkan 1000 subscriber yang pertama.

cara cepat dapat subscriber

Jom kita lihat 20 tips cara cepat dapat subscriber dengan mudah dan evergreen.

Tips Cara Cepat Dapat Subscriber YouTube

Di bawah ini ada 20 tips yang saya akan kongsikan pada anda semua. Tips yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga buah fikiran YouTuber-YouTuber yang sudah berjaya menempa nama.

#1. Nama Channel

Cari nama channel yang unik, kreatif dan menarik yang sesuai mengambarkan channel anda. Unik di sini bermaksud nama tersebut belum digunakan oleh mana-mana YouTuber lain dan bila orang tengok nama channel kita mereka mudah nak ingat dan rasa tertarik untuk klik channel kita. Boleh cuba tanya kawan-kawan untuk dapatkan idea nama channel.

Jika masih tak jumpa nama channel yang sesuai, jangan pening-pening. Letak saja nama anda. Sebagai contoh Faiz Alias, Blog Faiz, Vlog Faiz.

#2. Content

Buat content yang kita suka dan kita minat sebab dengan cara ini kita rasa lebih enjoy nak buat video dengan konsisten. Ingat, konsisten dalam hasilkan video juga salah satu tips yang sangat penting nak berjaya dengan YouTube ni.

Sebenarnya tak kisah content apa pun selagi tidak melanggar syarat-syarat YouTube. Apa yang penting kita tidak rasa berat untuk hasilkan video tersebut.

Jangan sesekali ikut orang lain dalam hasilkan video.

Sebagai contoh anda lihat seorang YouTuber ni buat ASMR dan dapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Lagipun mudah je nampak kan? Hanya makan depan kamera boleh jana pendapatan dengan YouTube.

Maka anda pun cuba nak buat ASMR juga tapi pada masa yang sama anda tidak suka makan. Maklumlah nak diet tapi nak buat ASMR.

Jadi, cuba elakkan perkara ni dan cuba cari apa minat yang ada pada diri kita barulah kita buat video.

#3. Jadi unik dan berbeza

Unik di sini bermaksud ikut gaya kita sendiri. Jangan kita cuba ikut gaya Youtuber lain walaupun Youtuber tersebut memberi inspirasi pada kita. Kita boleh berinspirasi dengan YouTuber lain tapi kita tidak boleh ikut gaya mereka.

Sebagai contoh gaya bercakap. Anda tidak boleh nak tiru gaya seseorang bercakap. Jika anda tiru ia akan nampak pelik dan nampak janggal di situ.

Jadi, buat gaya tersendiri selagi mana video tersebut ada manfaat dan nilai pada orang lain.

Sebenarnya gaya, cara bercakap itu hanya bonus. Yang penting video yang dihasilkan tu bermanfaat.

#4. Video ada Nilai

Video prank ada nilai ke? Kenapa ramai je tengok walaupun video tersebut lihat memperbodohkan orang? Walaupun kita lihat video prank tak ada nilai, tapi ia menghiburkan. Pendek kata, bila ia menghiburkan seseorang ia juga termasuk video yang ada nilai.

Orang akan lihat video kita tersebut selagi ada nilai pada seseorang. Bila sebut nilai ni ia subjektif sebenarnya bagi setiap orang. Ada yang lihat video tersebut kerana terhibur, ada lihat sebab nak belajar sesuatu, ada yang lihat sebab suka tengok admin bercakap dan sebagainya.

Senang kata, anda buat apa pun video kat YouTube semuanya boleh. Ni bukan buat movie. Hanya buat video untuk upload di YouTube,

Cuma jangan buat video prank dan kebodohan melampau sudah. Ingat! ada yang pernah kena tangkap polis sebab buat video yang melampau.

#5. Profil Channel Menarik

Pastikan anda letak gambar profile yang proper. Gambar proper di sini maksudnya jika anda nak letak gambar sendiri, pastikan gambar tersebut tidak selekeh. Buat gaya sikit. Jangan letak gambar pasport pula.

cara cepat dapat subscriber
Menarik ke tak? Haha…

Gambar profil juga kita boleh letak logo jika ada. Pastikan logo tersebut mengambarkan content YouTube kita.

Selain itu anda mesti masukkan juga header banner yang menarik dekat profil YouTube anda.

Semua ni tak penting pun sebenarnya untuk dapat subscriber tapi first impression yang datang ke channel anda orang akan fikir bahawa anda ni YouTuber yang serius.

#6. Kualiti dan Kuantiti

Kedua-dua sangat penting di YouTube. Kualiti video untuk memastikan orang akan lebih lama lihat video kita manakala kuantiti pula supaya kita nampak lebih aktif di YouTube dan peluang tinggi orang lain untuk melekat di channel kita.

Kuantiti video tidak semestinya buat setiap hari. Tiga hingga 4 kali seminggu adalah jumlah yang ideal jika anda buat berseorangan. Tapi kalau buat 1 video setiap hari lagi bagus.

Tapi cadangan saya kepada yang baru bermula, buat video setiap hari sehingga channel anda berjaya dimonetisasi.

Lepas berjaya dimonetisasi barulah anda boleh ubah kepada 3-4 video setiap minggu.

#7. Upload Terus

Ramai yang berfikiran negatif mengenai video sendiri.

Mungkin persoalan yang timbul

  • bagus ke tak video aku ni?
  • kalau orang gelak tengok video aku jatuhlah maruah aku
  • video pasal ni orang dah upload. Kalau aku upload mesti tak ada orang tengok

dan macam-macam lagilah persoalan.

Ini nasihat saya kepada yang baru bermula dan tidak pernah langsung ada pengalaman dalam hasilkan video.

Upload je apa-apa video asalkan video tu adalah kepunyaan kita sendiri. Soal mereka nak gelak, tak ada orang nak tengok, video tak menarik ketepikan soal tu dulu.

Ini dinamakan learning proses.

Walaupun video anda tidak menarik sekarang tapi bila anda buat video setiap hari anda akan dapat idea untuk jadikan ia lebih menarik. Jadi, lama kelamaan video anda akan improve dengan sendiri tanpa anda sedar.

Yang penting, BERMULA.

#8. Gear (Peralatan)

Ingat, peralatan yang bagus tak semestinya akan dapat subscriber dengan cepat. Orang lihat video kita berdasarkan nilai dan kepuasan yang ada dalam video tersebut.

Saya yakin sekarang ni dah ada smartfon sendiri dan smartfon sekarang mempunyai kamera yang agak berkualiti. Jadi, gunakan smartfon anda tersebut untuk merakam video.

Jika ada budget lebih sikit, beli mikrofon terlebih dahulu sebelum beli kamera kerana audio lebih penting dari video.

#9. Berteman dan Bergaul (Komuniti)

Kalau ada group Whatsapp, Facebook, Telegram atau mana-mana media sosial berkaitan dengan YouTube, join je.

Di sini anda boleh kenal dengan YouTuber-YouTuber lain dan peluang untuk dapat subscriber baru tu tinggi.

Ini tips antara yang agak penting bagi mereka yang baru bermula. Tapi jangan pula main subs4subs.

#10. Interaksi (Balas Komen)

Jika anda baru bermula, cuba balas komen pada setiap video. Bagi saya ia perkara WAJIB anda buat. Ingat! Ini untuk yang baru nak bermula dan nak cepat dapat 4000 jam tontonan dan 1000 subscribers.

Sebabnya bila kita rajin balas komen, ia akan wujud satu “ikatan” antara kita dengan subscriber seterusnya mereka akan melekat untuk lihat video yang kita buat.

Saya percaya awal-awal bermula tak ada komen yang banyak. Jadi sila balas satu persatu jika anda nak cepat kembangkan channel anda.

#11. Bekerjasama/Berkolaborasi

Jika anda nak cepat naik subscriber, salah satunya anda boleh berkolaborasi dengan YouTuber yang dah ada subscriber yang banyak. Anda boleh deal dengan mana-mana Youtuber yang sanggup untuk bekerjasama dengan anda.

Buat apa-apa saja video macam contoh anda boleh buat video temuramah mereka.

#12. Kongsi di Sosial media

Lepas dah upload video, kongsikan di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya.

Biar orang cepat tahu bahawa anda ada upload video terbaru.

Saya tahu mesti ramai yang malu nak share video sendiri kan?

Tapi kalau video tersebut ada input yang menarik tak perlu malu nak share kat media social.

#13. Konsisten Upload Video

Buat video secara konsisten. Jumlah video paling idea dalam seminggu adalah 3-4 video tapi jika mampu buat setiap hari lagi bagus. Satu video satu hari lagi cepat untuk anda dapat subscriber dan jumlah masa 4000 jam tontonan.

Ingat, fokus kepada yang baru nak bermula adalah untuk memohon YouTube Partner Program.

#14. Metadata (SEO)

Jangan abaikan metadata YouTube kerana ia dapat bantu video anda mudah dicari di YouTube.

Buat tajuk, deskription, tag dan kata kunci yang sesuai dengan video.

Bila anda setting dengan betul, orang lain akan mudah jumpa video anda di YouTube sekaligus anda akan dapat subscriber dengan cepat.

#15. Thumbnail

Bina custom thumbnail video anda bagi nampak menarik. Boleh buat clickbait tapi jangan pula buat misleading

Anda perlu tahu beza clickbaik dan misleading.

Clickbait ni dibolehkan asalkan ia tidak bercanggah dengan content asal video. Macam contoh anda boleh lihat di bawah ni mengenai video kelas Cardock.

Dalam thumbnail tersebut saya letak tajuk “Kelas YouTube Cardock Sampah?”

Anda kena faham situasi di sini. Dalam tajuk tersebut saya ada letak tanda soal (?). Ianya bukan ayat penyata.

Jadi di sini mungkin orang fikir kelas YouTube Cardock ni sampah dan orang terus klik video untuk lihat. Sebaliknya, saya masih lagi buat vlog mengenai kelas Cardock dan saya sarankan kepada yang baru bermula join kelas beliau.

Tapi, ia boleh jadi misleading jika tajuk video dan tajuk pada thumbnail video tersebut anda buat ayat penyata. Sebagai contoh “Kelas YouTube Cardock Sampah! Jangan Join!”

Bila sudah jadi ayat penyata dan tegas macam ni, tapi content video sebaliknya ia akan jadi misleading. Ini yang akan buat orang marah terutama YouTube sendiri.

#16. Personaliti

Personaliti dan penampilan dalam video hendaklah nampak kemas. Sama juga kalau kita nak pergi temuduga. Kalau panel temuduga lihat kita seorang yang selekeh, tidak mustahil mereka akan gagalkan kita dalam temuduga tersebut.

Personaliti juga mainkan peranan penting jika kita nak dapat subscribers dan fans kita sendiri.

Pakai pakaian yang kemas, muka ada makeup sikit kalau boleh dan yang penting cara bercakap.

Nak cakap aku kau, saya awak terpulang. YouTube kita, kita punya cara. Cuma caranya jangan nampak kasar dan mesti nampak friendly.

#17. Call to Action

Jangan malu dan segan untuk minta subscribe, like dan share pada video kita. Cara nak minta tu pula jangan nampak macam peminta sedekah. Kita bukan minta sedekah tapi hanya rekemenkan saja pada mereka untuk buat demikian.

Jika penonton suka dengan videi kita mereka pasti subscribe pada channel kita.

#18. Motivasi

Kekalkan motivasi dengan sentiasa ingat apa tujuan kita masa nak buat video di YouTube dulu.

Jangan terlalu menekan masa awal-awal buat video. Buat secara santai dan fikir ia sebagai hobi.

Kalau anda serius, tekanan akan wujud dan motivasi anda nak hasilkan video akan merudum.

#19. Jadi diri sendiri

Bila buat video cuba jadi diri sendiri. Buat video kerana nak ikut orang lain lama kelamaan anda akan lemas dengan diri sendiri.

#20. Buat Video Trending

Tips yang terkahir daripada saya adalah cuba buat video yang sedang trending sekarang. Anda mungkin boleh buat ulasan, buat filem parody atau apa-apa saja berdasarkan video yang sedang trending tu.

Biasanya video yang sedang trending kita akan dapat view dengan banyak sekali.

Kesimpulan

Jadi, itulah tips yang dapat saya kongsikan kepada anda 20 tips cara cepat untuk dapat subscriber YouTube. Semoga dari tips ni anda lebih banyak idea nak dapatkan subscriber dengan pantas.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

2 Comments

Leave A Reply