Sejarah Lengkap YouTube

0

Hari ni saya nak bercerita mengenai sejarah YouTube. Macam mana YouTube boleh tercipta, siapa pengasasnya dan sebagainya.

Sebut je video apa yang kita nak tonton di internet, mesti platform YouTube akan berlegar-legar dalam kepala kita dulu. Betul ke tak?

Sebab dalam YouTube ni dia ada bermacam-macam jenis genre video. Ada hiburan, pendidikan, sains, ekonomi, tutorial semuanya ada di YouTube.

Jadi, YouTube sekarang ni dah jadi rujukan dan hiburan terbesar bagi majoriti penduduk di seluruh dunia.

Sejarah Lengkap YouTube

YouTube ni telah dicipta pada Febuari 2005 oleh tiga orang pekerja PayPal iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

PayPal ni adalah sebuah syarikat bank digital terbesar di dunia. Nanti kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal PayPal ni oleh cuba search Google sendiri.

Idea untuk bangunkan YouTube ni bermula Ketika Steven dan Chad ni ada masalah untuk berkongsi video mereka selepas parti makan malam, So kononnya mereka nak simpan video tulah sebagai kenangan dan berkongsi pada orang ramai.

Manakala Jawed pula nak cari video Janet Jackson. Tak tahulah dia nak cari sebab apa. Dia cuba search kat internet tapi tak jumpa. So, memang nak cari video apa-apa kat internet pada masa tu memang payah.

Jadi, ketiga-tiga mereka ni pun datanglah idea Bersama untuk bina satu web di mana dalam web ni semua orang boleh berkongsi video yang mereka nak kongsi.

So, awal tahun 2005, terciptalah website YouTube ni dengan slogan yang digunakan pada masa tu adalah Tune In Hook Up.

Pada masa tu, tujuan utama YouTube ni bukan seperti sekarang ni la. Jika kita tengok sekarang ni banyak video-video berinformasi. Tapi pada masa tu ia lebih kepada web dating untuk orang berkenalan dan mencari kekasih. Tapi fungsinya tu masih sama iaitu mereka boleh upload video dan berkongsi kepada orang ramai.

So, tak lama lepas tu akhirnya YouTube berubah hala tuju dan menjadi sebuah perkongsian video umum seperti sekarang ni.

Untuk info tambahan korang, operasi awal YouTube ni telah dibiayai melalui bonus yang diterima oleh ketiga-tiga pengasas YouTube ni setelah PayPal dibeli oleh eBay.

So, dalam perkiraan saya sendiri lah, YouTube ni mungkin tak wujud jika PayPal ni tidak wujud. Sini kita dapat tengok ketiga-tiga pengasas ni bekerja di bawah syarikat yang sama dan mempunyai idea yang sama untuk bangunkan sebuah laman web. So jika kita fikirkan balik, sesuatu perkara yang terjadi ni ia saling berkait rapat antara satu sama lain.

So, itulah secara ringkas macam mana sejarah YouTube ni tercipta.

Jika korang nak tengok dalam bentuk video sejarah YouTube ni, boleh tengok video di bawah.

Dah tengok nanti, boleh subscribe sekali channel YouTube “Blog Faiz

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply