Tentang Kami

akademiYT.com telah ditubuhkan seawal Jun 2020 dengan niat dan harapan dapat memberikan info, tutorial dan ilmu secara percuma kepada mereka yang berminat untuk belajar buat duit dari YouTube.

Masih ramai kami lihat nak buat duit dengan YouTube tapi banyak benda kesalahan yang dilakukan. Antaranya yang paling ketara adalah menggunakan video orang lain atau video copyright untuk upload di channel masing-masing.

Bila tiba saat untuk memohon monetisasi iaitu YouTube Partner Program (YPP) channel tidak diapprove pun oleh pihak YouTube untuk iklan muncul pada video mereka.

Jadi saya ambil inisiatif ini untuk membantu mereka memahami dan menambah ilmu mengenai dunia YouTube supaya mereka tidak lakukan kesilapan dan perkara yang sia-sia.

Seperti yang sedia maklum, ilmu premium dalam blog ni kami satu sen pun tidak meminta bayaran dari anda semua sebab kami tahu ada yang lebih layak untuk membalasnya. Cuma, jika anda ingin membantu blog ni berkembang dengan lebih jauh, saya hanya perlukan support dari anda untuk subscribe channel di bawah.

Hanya itu saja yang saya pohon supaya saya lebih bersemangat lagi untuk bantu anda semua dalam menghasilkan duit dari YouTube dengan cara yang betul.

Walaupun ia percuma, semua ilmu yang saya kongsikan di sini adalah tidak ternilai sebab saya yakin jika anda turut satu persatu apa yang saya kongsikan, anda akan dapat hasilkan dollar yang pertama dari YouTube.

Anda jangan risau jika sesuatu artikel itu outdated sebab anda boleh request untuk saya update dengan tutorial yang terkini. Itu kelebihan ilmu YouTube di sini jika anda jadikan web ini sebagai rujukan anda.