(YouTube Milestone) Apa Dapat Jika Ada 100 Juta Subscribers?

0

Ok hari ni saya nak share dengan korang mengenai milestone Youtube atau peringkat-peringkat atau level yang ada di YouTube.

Sebelum ni saya pernah terfikir jugalah kenapa YouTube buat level-level macam ni. Jawapan yang saya dapat adalah supaya ia menjadi motivasi kepada content creator untuk menghasilkan video yang menarik dan sekaligus dapat menarik ramai subscriber di YouTube.

Jadi, kalau korang nak dapat awards bagi setiap level yang pihak YouTube aturkan ni, korang perlu rajin dan buat content-content yang berkualiti.

Ok. Kita terus pada topik utama.

youtube milestone

Level pertama adalah starter.

Untuk level starter ni ia bermula dari 0 hingga 99 subscriber. Untuk level ni, korang tak dapat apa-apa pun kelebihan selain boleh upload video dekat YouTube sahaja.

Level seterusnya adalah Graphite. Level graphite ni bila korang cecah sebanyak 100 subscribers. Bila korang dah cecah 100 suscribers ni, kelebihan yang YouTube bagi adalah kita boleh tukar atau custom link untuk channel kita.
Sebagai contoh www.youtube.com/blogfaiz

Kita pergi ke level seterusnya iaitu Opal.

Biasanya level opal ni yang ditunggu-tunggu oleh youtuber pemula ni. Sebab untuk capai level opal ni channel YouTube kita perlu cecah 1000 subsribers dan 4000 jam tontotan.

Kelebihan bagi level opal ni, kita boleh mohon untuk jadi YouTube partner program dan jika dah lulus barulah iklan akan muncul dalam Youtube kita. Dari situ kita dah boleh mula buat duit dengan Youtube.

Level seterusnya adalah Bronze. Untuk capai level Bronze atau gangsa, kita perlu mencapai 10k subscriber terlebih dahulu. Tapi untuk level ni korang tak ada apa-apa kelebihan tambahan pun.

Kemudian, kita pergi ke level yang paling ramai tertunggu-tunggu iaitu Silver Creator Award. Untuk capai level ni, kita mesti melepasi subscribers sebanyak 100 ribu subscribers. Jadi apa kelebihan Silver Creator Awards ni?

Kelebihanya adalah korang akan dapat verified channel dengan tanda verified tu dan kita akan dapat silver play button secara rasmi dari YouTube

Nanti dekat silver playbutton tu kita akan lihat Nama channel kita dan juga jumlah subscriber 100,000 kita tu.

Seterusnya, Golden Creator awards. Syarat untuk capai level ni mestilah melepasi 1 juta subscribers. Kelebihannya lebih kurang sama saja dengan Silver Play button tadi tapi kali ni kita akan dapat warna keemasan pula yang dipanggil sebagai gold play button.

Kat Malaysia ni tak banyak channel dapat Awards ni. Antaranya yang dah dapat ML studio, Che Nom, Meletop dan ada beberapa channel yang lain lagi.

Next kita pergi ke level yang seterusnya iaitu Diamond Creator awards. Untuk capai level ni, kita mesti mencapai 10 juta subsribers terlebih dahulu.

Kelebihan yang kita dapat daripada Diamond creator awards ni pula, pihak youtube akan menghantar satu play button yang didesign seperti sebuah berlian.

Tapi kali ni dia bukan dalam frame tapi seketul macam sebuah berlian dan ditengah-tengah ada logo play button.

Saya pernah baca kalau ada sesiapa nak beli yang fake punya Diamond Play button ni harganya adalah USD3000 atau kalau convert dalam Malaysia lebih kurang RM120 ribu.

Seterusnya, kita pergi pula kepada level the Custom Creator awards.

Untuk capai Custom Creator awards ni, kita perlu melepasi 50 juta subscribers. 50 juta banyak tu dan tak banyak channel yang ada 50 juta di seluruh dunia ni. Antara channel yang dah cecah 50 juta adalah PewDiePie dan T-Series.

Kelebihan yang kita dapat, kita oleh custom awards tu nak bentuk macam mana kita nak. Sebab tu kalau korang tengok awards yang PewDiePied dan T-series dapat tak sama sebab masing-masing buat design sendiri.

Ok, yang terakhir adalah Red Diamond Creator Awards dan ni adalah level paling tinggi skali dalam YouTube.

Untuk capai level ni, kita perlu capai 100juta subscriber dan kelebihan yang kita dapat, youtube akan menghantar kita satu Play button yang design dan warnanya seperti ruby. Kalau kita nak bandingkan antara berlian dengan ruby ni, ruby adalah paling mahal.

Ok.

Jadi, itulah milestone YouTube yang korang perlu tahu jika nak capai target subscriber dalam YouTube kita.

Jika nak tengok dalam bentuk video, boleh la tengok di bawah ni.

Saya harap ni jadi satu ilmu dan semagat untuk korang supaya dapat menghasilkan content-content yang berkualiti di YouTube.

Dah subscribe ke belum channel Blog Faiz? Boleh subscribe sekarang untuk belajar benda yang lebih menarik lagi.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply