10 Software Video Editing Terbaik Untuk YouTuber

0

Apakah software video editing terbaik untuk YouTuber terutama untuk newbie? Sebenarnya ada begitu banyak software yang boleh anda gunakan untuk edit video anda sebelum upload ke YouTube. Tapi di sini saya hanya listkan beberapa software sahaja di mana ia sering digunakan dan boleh di anggap popular.

Tapi sebelum tu saya nak tanya. Penting ke software video editing ni?

Bagi saya ia penting. Namun begitu, anda tidak perlu untuk dapatkan software yang mahal. Kalau boleh ada yang free, guna saja yang free dulu sebagai permulaan. Sebab yang paling penting bukan editing video, tapi content dan isi video tersebut.

Jika anda dah mula dapat hasil dari YouTube, anda sekarang boleh cuba yang berbayar pula. Cari yang murah-murah pun ok.

Ini antara software yang saya rekemenkan pada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan YouTube.

Jadi di sini, saya senaraikan 10 video editing yang boleh anda gunakan untuk tujuan edit video di YouTube.

Tapi dalam list ni saya campurkan semuanya yang free, yang murah dan yang mahal. Nanti anda boleh decide yang mana anda rasa ianya sesuai.

10 Software Video Editing Terbaik Untuk YouTuber

Berikut merupakan 10 senarai video editing terbaik yang perlu anda pertimbangkan.

#1. Filmora

Platform: Windows, MacOS
Level: Beginner

Jika anda baru bermula dengan video editing, saya sarankan untuk anda bermula dengan Filmora sebab harganya adalah mampu milik dan tiada bayaran berulang.

Selain itu, Filmora sangat senang untuk digunakan sebab ia hanya mempunyai ciri-ciri asas untuk edit video seperti cut video, masukkan music background, transition dan banyak lagi.

Saya percaya jika anda dapatkan Filmora, anda boleh belajar tidak sampai dalam masa seminggu untuk jadi expert dengan Filmora.

Ciri-ciri menarik:

  • Senang dan mudah digunakan
  • Harga berpatutan dan tiada bayaran berulang
  • Boleh berkongsi dengan banyak PC tetapi hanya boleh login satu sahaja dalam satu-satu masa.
  • Update percuma sepanjang hayat

#2. Filmora Pro

Platform: Windows, MacOS
Level: Advance

Filmora pro adalah upgrade daripada Filmora sebab Filmora pro ni penuh dengan ciri-ciri yang menarik dan ia boleh dikatakan hampir sama dengan Adobe Premier Pro.

Dengan Filmora pro, anda boleh edit video anda dengan lebih gempak lagi. Jika anda banyak buat video tricky, saya sangat sarankan untuk anda guna Filmora pro.

Seperti yang saya katakan tadi, Filmora pro ni hampir sama dengan Adobe premier pro jadi cara nak guna tu ianya agak sukar dan saya tidak sarankan kepada anda yang baru berjinak dengan video editing.

Ciri-ciri yang menarik:

  • Cirinya hampir sama dengan Adobe premier Pro
  • Banyak tricky editing boleh buat
  • Lebih senang untuk belajar berbanding Adobe Premier Pro
  • Boleh kongsi dengan banyak PC tapi hanya satu sahaja yang boleh digunakan dalam satu-satu masa.

#3. Adobe Premier Pro

Platforms: Windows, MacOS
Level: Pro

Adobe Premier Pro adalah pilihan bagi kebanyakkan video editor yang professional sebab banyak tricky editing video yang boleh dilakukan. Bagi yang biasa menggunakan mana-mana video editing sebelum ni, adobe premier pro akan jadi lebih mudah untuk digunakan tapi ia mungkin sukar bagi sesetengah beginner.

Adobe Premier Pro adalah software editing premium yang berbayar. Jika anda nak cuba, bayarannya adalah sebanyak RM98.91/bulan.

Bagi saya ianya agak mahal untuk beginner yang baru nak bermula melainkan anda sudah ada hasil dari YouTube.

Ciri-ciri yang menarik:

  • Apa saja tricky yang anda fikir semuanya boleh buat asalkan pandai guna.
  • Boleh buat pelbagai video effect.
  • Colour grading yang menarik.
  • Boleh import apa saja format video.
  • Adjust audio dan sound effect dengan lebih menarik.

#4. Final Cut Pro

Platforms: MacOS
Level: Beginner , Advance, Pro

Jika anda menggunakan MAC dari produk Apple, saya sangat sarankan untuk anda guna Final Cut Pro sebab performance dengan MAC ianya jauh lebih baik berbanding dengan mana-mana software video editing yang lain.

Bagi saya final cut pro boleh digunakan oleh semua peringkat. Beginner, Advance ataupun pro sebab banyak juga ciri-ciri yang menarik dan ianya mudah untuk digunakan sebenarnya.

Final Cut Pro bukan software percuma. Anda perlu bayar sebanyak RM1500 dahulu untuk dapatkan software ni dan ianya hanya sekali bayar sahaja.

Ciri-ciri yang menarik:

  • User friendly
  • Good performance untuk pengguna MAC
  • Banyak tricky video boleh buat.

#5. Kinemaster

Platforms: iOS, android
Level: Beginner, Advance, Pro

Kinemaster tidak ada software untuk PC/Laptop. Ianya hanya boleh digunakan dalam smartfon sahaja. Tapi siapa sangka walaupun hanya boleh digunakan dalam smartfon, anda boleh buat macam-macam tricky video editing. Dengan kinemaster sebenarnya ia lebih senang untuk edit green screen.

Kinemaster bukanlah applikasi yang percuma tetapi ianya berbayar. Antara plan Kinemaster adalah

  • Free trial.
  • Monthly Subscription. $4.99.
  • Annual Subscription. $39.99.

Ciri-ciri yang menarik:

  • Tidak perlukan laptop/PC untuk edit video yang menarik.
  • Banyak tricky yang boleh buat
  • Edit dan export 4K 60 FPS video

#6. CyberLink PowerDirector 365

Platforms: Windows
Level: Advance, Pro

CyberLink PowerDirector 365 adalah software video editing untuk tahap Advance dan Pro. Ia memberikan ciri-ciri yang profesional dan berkualiti tinggi, namun harganya boleh dikategorikan berpatutan. Banyak ciri-ciri yang menarik pada software ini seperti dapat mentasbilkan video yang shaking, efek yang menarik, alat reka bentuk objek, rakaman skrin/screen shot, senang untuk cut video dan sebagainya.

Sebenarnya, penggunaan software ini tidak begitu mudah bagi mereka yang baru bermula sebab terlalu banyak fungsi yang perlu belajar.

Plan harga untuk software ni ada dua iaitu Lifetime dan Subscription. Untuk lifetime harganya lebih kurang USD139.99 manakala untuk subscription adalah USD4.33/sebulan

Ciri-ciri yang menarik:

  • Banyak features yang menarik
  • Harga boleh pilih one time payment atau subscription

#7. DaVinci Resolve

Platforms: Windows
Level: Advance, Pro

DaVinci Resolve adalah salah satunya software video editing yang premium tetapi percuma. Fungsinya hampir banyak benda boleh buat seperti Adobe Premier Pro.

Bagi yang baru nak bermula, cara gunanya agak sukar sebab banyak fungsi yang anda boleh buat dengan DaVinci Resolve.

Ciri-ciri yang menarik:

  • Boleh edit video 360
  • Ciri-cirinya hampir sama dengan Adobe Premier Pro
  • Percuma

#8. Movavi

Platforms: Windows
Level: Beginner

Movavi adalah software yang sangat sesuai untuk mereka yang nak belajar edit video sebab interface software ni sangat friendly dan mudah untuk belajar.

Movavi adalah video editing yang berbayar. Ada tiga jenis pakej yang ditawarkan dengan harga RM 99.90, RM 149.90 dan RM199.90.

Ciri-ciri yang menarik:

  • Senang nak edit
  • Sesuai untuk beginner
  • Boleh buat screen shot
  • Boleh rekod audio yang berkualiti

#9. OpenShot

Platforms: Linux, macOS, and Windows
Level: Beginner

OpenShot adalah software yang percuma dan ianya amat sesuai untuk beginner.

Ciri-ciri yang menarik:

#10. Sony Vegas Pro

Platforms: Windows
Level: Advance, Pro

Sony Vegas Pro adalah salah satu software video editing yang paling mahal. Harga pakej lengkap adalah USD799 manakala yang asas adalah USD599.

Ciri-ciri yang menarik:

  • Colour grading menarik
  • Flickering filter
  • Rakaman audio kualiti tinggi

Kesimpulan

Jadi inilah senarai video editing terbaik bagi mereka yang baru nak bermula edit video untuk YouTube.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply