Cara Bina Butang Subscribe YouTube Untuk Letak di Website

0

Macam mana caranya bina butang subscribe YouTube? Jika korang ada website atau blog, korang ada satu kelebihan untuk optimumkan subscriber untuk channel YouTube korang tu.

Caranya adalah, kita boleh create atau bina satu butang subscribe untuk letak di website kita.

Contohnya macam di bawah ni.

Jadi, macam mana caranya untuk buat button seperti yang ditunjukkan di atas ni?

Mari follow tutorial ini.

Bina Butang Subscribe Untuk Letak di Website

Langkah 1 Layari laman web YouTube Subscribe Button Creation.

Langkah 2 Kemudian, korang akan tengok seperti halaman berikut.

Rajah 1

Nombor 1: Pada nombor 1 ni, korang kena masukkan nama channel atau ID channel korang. Nak senang dan lebih tepat masukkan nombor ID.

Caranya pergi ke YouTube channel ID, kemudian secara auto korang akan lihat Ada ditunjukkan Channel ID korang.

Pastikan korang login terlebih dahulu dalam channel YouTube sebelum lihat YouTube Channel ID secara automatik.

Copy dan masukkan dalam Channel ID seperti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Nombor 2: Pada bahagian ni korang just pilih nak full layout atau tak. Beza full layout atau tak cuma ditunjukkan gambar profile kita saja. So, sila buat keputusan korang sendiri.

Nombor 3: Untuk theme ni pula korang boleh pilih nak Dark Mode atau tak. Pilih yang sesuai dengan warna blog korang nanti.

Nombor 4: Samaada korang nak tunjukkan jumlah subscriber atau tak, setting di sini.

Langkah 3 Kemudian, bila dah siap setting semua di atas, korang scroll di bawah sikit dan akan lihat satu kod dan juga preview button subscribe YouTube kita.

Jika korang rasa ok dengan preview yang ditunjukkan, copy code seperti di atas dan masukkan dalam website atau blog korang.

Siap!

Cara nak masukkan dalam blog rasanya rasanya saya tak tunjukalah sebab benda ni benda basic saja bagi seorang blogger.

So sekarang ni dalam blog atau website korang sudah pun ada butang untuk susbscribe YouTube.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply