Cara Semak Video Copyright Claim di YouTube

0

Bagaimana cara semak video copyright claim di YouTube? Sebenarnya cabaran paling besar bagi seorang newbie yang baru bermula di YouTube adalah masalah copyright sebab masih ramai yang tidak ambil tahu tentang masalah copyright.

Kebanyakkan masalah copyright berpunca dari audio sebab ramai yang letakkan musik latar belakang tanpa sedar bahawa itu adalah video copyright.

Ada juga kes yang mana lepas kita upload video 3 4 bulan baru dapat masalah copyright.

Sebab itu saya sangat sarankan anda tidak ambil musik dari YouTube yang mengaku tiada copyright. Jika anda ingin ambil juga, pastikan ambil dari owner sendiri yang beritahu tiada copyright.

Tapi anda jangan risau walaupun ianya copyright, channel YouTube anda masih lagi selamat dan tidak akan diban, cuma bila dapat ID copyright macam ni anda mungkin hadapi tiga situasi seperti berikut.

  1. Video anda tidak akan dipadam oleh pihak YouTube sebaliknya jika channel anda menjana wang, wang tersebut akan disalurkan pada owner.
  2. Video anda tidak akan dipadam oleh pihak YouTube sebaliknya jika channel anda menjana wang, wang tersebut akan disalurkan pada owner.
  3. Anda mungkin boleh berkongsi revenue tersebut 50% dengan pemilik asal.
  4. Video anda akan dibisukan pada bahagian yang diclaim copyright.
  5. Jam tontonan tidak akan dikira walaupun dilihat ramai orang.

Jadi macam mana nak semak video kita yang ada copyright di YouTube?

Ikut tutorial di bawah.

Cara Semak Video Copyright Claim di YouTube

Langkah 1 Login ke dalam akaun YouTube guna laptop atau komputer.

Langkah 2 Klik icon gambar profile anda pada sebelah atas kanan dan ia akan keluar satu dropdown. Pilih YouTube Studio.

Cara Semak Video Copyright Claim

Langkah 3 Kemudian, lihat menu pada sebelah kiri dan klik pada menu Video.

Langkah 3 Pada bahagian ini anda boleh lihat mana satu video anda yang ada copyright dan yang mana video tak ada copyright.

Berdasarkan gambar di atas, anda boleh lihat ada dua status pada bahagian restrictions iaitu Copyright claim dan none.

Copyright claim tu maksudnya video kita ada copyright mungkin pada audio atau video manakala none pula adalah yang bebas dari sebarang copyright. Kalau channel anda jana wang, anda akan dapat wang tersebut 100%.

Kesimpulan

Dalam tutorial ini, saya telah tunjukkan cara bagaimana anda boleh semak video anda di YouTube samaada kena copyright claim ataupun tidak.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply