Cara Buat Setting Default Semasa Upload Video

0

Untuk jimatkan masa anda, anda sebenarnya boleh buat setting secara default atau buat preset untuk beberapa setting. Jadi anda tidak perlu untuk berulang kali masukkan info yang sama setiap kali anda upload video dalam channel anda.

Info apa yang sama tu?

Contoh info yang sama adalah seperti info hubungi, disclaimer, link affiliate dan sebagainya.

Jika anda setting benda ni secara preset, secara auto ia akan mucul di bahagian description pada video anda tanpa anda perlu memasukkannya.

Antara setting yang anda boleh buat secara default adalah;

  • Tajuk
  • Description
  • Visibility
  • Tag
  • License
  • Category

Jadi, kesemuanya ni anda boleh buat secara default dan tidak perlu berulang kali untuk masukkan info yang sama setiap kali anda upload video baru.

Bagaimana nak setting secara lalai?

Langkah 1 Login ke dalam akaun YouTube anda dan pergi ke YouTube studio.

Langkah 2 Di bahagian kanan, klik pada menu Settings.

Langkah 3 Lepas klik pada menu Settings, klik pula pada submenu Upload defaults.

Di sini anda boleh tetapkan info apa yang anda nak masukkan.

Biasanya pada bahagian description saya akan masukkan Disclaimer/Penafian seperti berikut.

——————————————————
Copyright Disclaimer (if applicable)
——————————————————

Title 17, US Code (Sections 107-118 of the copyright law, Act 1976):
All media in this video is used for purpose of education, entertainment, review & commentary under terms of fair use.

All footage, & images used belong to their respective companies.

Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing.

Lain-lain tetapan anda boleh buat sendiri mengikut kesesuaian anda.

Sebagai contoh, jika saya sudah setting disclaimer tersebut secara default, setiap kali saya upload video baru, ia akan muncul di bahagian description secara auto.

Siap!

Kesimpulan

Dalam tutorial ini anda sudah belajar bagaimana nak buat tetapan secara lalai untuk upload video supaya setiap kali upload video baru anda tidak perlu nak masukkan info yang sama.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply