Syarat-Syarat Untuk Mohon YouTube Partner Program

0

Apakah syarat untuk mohon YouTube Partner Program? Bila anda sudah menjadi YouTube Partner Program, anda akan menjadi sebahagian daripada keluarga YouTube kerana pihak YouTube akan betul-betul menjaga creator mereka dengan sebaik mungkin sebab bagi mereka creator ni adalah pekerja mereka sendiri dimana mereka akan bayar gaji kepada creator.

Antara kelebihan bila anda sudah menjadi YouTube Partner Program ni adalah

  • Anda boleh akses ke support YouTube secara personal untuk dapatkan bantuan.
  • Akses ke sistem copyright tools untuk semak jika ada orang guna video anda di YouTube.
  • Akses ke bahagian statistik untuk lihat pendapatan anda dan trafik.

Syarat Minimum Untuk Mohon YouTube Partner Program

syarat mohon youtube partner program
  1. Ikut semua polisi YouTube monetisasi.
  2. Berada di negara yang layak untuk memohon YouTube Partner Program.
  3. Mencapai 4000 jam tontonan dalam tempoh 12 bulan terakhir.
  4. Mempunyai 1000 subscriber.
  5. Mempunyai akaun adsense yang sudah dilinkkan dengan YouTube.

Penerangan:

#1. Ikut Semua Polisi YouTube Monetisasi

Untuk memohon YouTube Partner Program, anda mesti mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah anda tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan Audio dan Video yang mengandungi copyright.

Untuk info lanjut anda boleh lihat YouTube punya polisi monetisasi.

#2. Berada di Negara Yang Layak Untuk Memohon YouTube Partner Program.

Untuk pengetahuan anda, YouTube Partner Program ni tidak semua negara yang boleh menyertai dan memohon.

Satu masa dulu pun negara kita Malaysia tidak boleh memohon YPP ni sehingga tahun 2015 negara kita mula diterima untuk memohon adsense.

Jadi syukurlah kita berada di negara yang layak untuk mohon YPP.

#3. Mencapai 4000 Jam Tontonan Dalam Tempoh 12 Bulan Terakhir.

Anda mesti mencapai 4000 jam tontonan dalam tempoh 12 bulan terakhir. jadi anda mesti fikir strategi bagaimana nak capai 4000 jam tontonan dalam tempoh 12 bulan.

Di sini kita buat pengiraan sikit.

12 bulan = 4000 jam
1 bulan = 333.3 jam (target dalam masa sebulan)
1 minggu = 83.325 jam (target dalam masa seminggu)
1 hari = 11.9 jam (target dalam masa sehari)

Ok. 11.9 jam kita tukarkan kepada minit akan jadi 714 minit.

Jika anda buat video berdurasi 10 minit dan purata tontonan hanya 5 minit sahaja, anda hanya perlukan sebanyak 143 orang tonton video anda selama 5 minit. Anda kena target sebanyak itu sehari untuk capai target sebanyak 4000 jam tontonan dalam masa 12 bulan.

Cara nak dapat view secepat tu anda perlu rajin buat video dan video tersebut ada nilai.

Anda jangan risau jika tak sampai 4000 jam tontonan dalam 12 bulan terakhir sebab nanti pihak YouTube akan carry forward bulan sebelumnya sehingga capai 4000 jam tontonan.

#4. Mempunyai 1000 Subscribers

Anda mesti mempunyai 1000 subscribers. Tiada teknik yang betul-betul berkesan untuk dapat 1000 subscribers melainkan anda perlu buat video yang menarik.

Bila anda buat video yang menarik dan ada manfaat, sekejap saja anda akan dapat 1000 subscribers dalam masa yang singkat.

Elakkan buat subs4subs sebab ia diketogorikan sebagai aktiviti yang tidak sihat dalam komuniti YouTube.

#5. Mempunyai Akaun Adsense Yang Dilinkkan Dengan YouTube

Akhir sekali, anda mesti mempunyai akaun adsense sebagai syarat mohon YouTube Partner Program dan akaun adsense anda tersebut telah dilinkkan dengan akaun channel YouTube anda.

Kesimpulan

Dalam artikel kali ni, saya telah menunjukkan anda syarat-syarat untuk mohon YouTube Partner Program. Dengan ikut panduan ini, saya yakin anda tidak lagi tertanya-tanya di mana nak bermula.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply