Macam Mana Youtuber Dapat Duit Dari YouTube

0

Mana mana YouTuber boleh duit dari YouTube? Saya yakin masih ramai yang tidak faham kenapa kita boleh duit dari YouTube. Siapa yang bayar kita? Halal ke duit tu?

Jadi artikel kali ni saya nak ceritakan sikit pada anda yang masih samar-samar bagaimana dan dari mana YouTuber dapat duit dari YouTube.

Macam Mana Youtuber Dapat Duit Dari YouTube

Pernah anda nampak iklan masa tengok YouTube?

Ya.

Dari iklan tersebut pihak YouTube akan berkongsi revenue dengan pemilik video tersebut.

Sebagai contoh anda hasilkan video di YouTube. Kemudian YouTube pinjam sekejap video anda untuk masukkan iklan dalam video anda. Senang kata, YouTube sebenarnya sewa video kita untuk letakkan iklan mereka.

Habis tu, dari mana pula duit iklan tu?

Ok macam ni.

Sebenarnya iklan ni datang dari Google Ads di mana syarikat-syarikat besar seperti KFC, Mc Donald dan sebagainya akan bayar kepada Google untuk iklankan produk mereka di website milik Google seperti YouTube sebab YouTube adalah sebahagian anak syarikat Google.

Sebab tu kalau anda perasan akan keluar iklan KFC, MC Donald dekat YouTube.

Jadi, duit iklan dari KFC yang bayar pada Google, Google akan sewa pula video anda di YouTube untuk letak iklan KFC tadi. Dari situ, Google atau YouTube akan kongsikan duit iklan dari KFC kepada anda sebanyak 51%.

Habis tu, halal ke?

Ya. Semestinya halal sebab ia ada jual, beli dan sewa yang jelas.

Kemudian ada satu lagi kemusykilan yang saya lihat. Ramai yang salah anggap Youtuber akan dapat duit dari setiap orang subscribe. Sebenarnya benda ni salah. Walaupun anda ada sejuta subscribers sekalipun tapi kalu view 0 pada channel anda, anda tidak akan dapat satu sen pun dari YouTube.

Anda akan dapat duit dari iklan YouTube bila ada view atau bila ada orang klik pada iklan tersebut.

Jadi dari situ anda akan dapat jana pendapatan dengan YouTube. Bukan dari bilangan subscribers. Tapi secara lumrahnya, bila ramai susbscriber potensi untuk view video anda lebih tinggi dan pendapatan yang anda dapat hasilkan pun lagi banyak.

Walaupun video yang anda post di YouTube sudah sepuluh tahun yang lepas, selagi ada orang view, selagi tu anda akan dapat sen. Inilah yang dinamakan pasif income.

Saya harap penerangan saya ni anda faham dari mana Youtuber dapat duit dari YouTube secara asasnya.

Sebenarnya banyak lagi cara YouTuber dapatkan duit dari YouTube ni. Anda boleh baca tajuk Cara YouTuber Jana Pendapatan Dengan YouTube.

Jika anda masih ada persoalan pasal ni, boleh tinggalkan komen di bawah.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply