Langkah Demi Langkah Cara Buat Duit Dengan YouTube

0

Bagaimana cara buat duit dengan YouTube? Sekarang ni ramai dah mula sedar bahawa buat video di YouTube ni boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Bayangkan setiap view kita akan dapat sebanyak RM0.01. Kalau Sejuta view kita akan dapat sebanyak RM10,000.

Itu kiraan saya secara kasar. Ia cuma sebagai ukuran untuk anda fikir bahawa YouTube ni memang boleh jana pendapatan yang sangat lumayan.

Jadi, anda nak tahu ke bagaimana cara untuk buat duit dengan YouTube?

cara buat duit dengan youtube

Cara Buat Duit Dengan YouTube

Dalam tutorial kali ni saya akan dedahkan cara untuk buat duit dengan YouTube.

Langkah 1 Daftar akaun YouTube

Langkah yang pertama apa yang perlu anda buat adalah dengan mendaftar masuk ke dalam akaun YouTube.

Cara-cara untuk mendaftar saya ada tunjukkan dalam tutorial Cara Daftar Akaun YouTube Untuk Upload Video.

Langkah 2 Daftar Akaun Adsense

Lepas dah daftar akaun YouTube, anda juga kena daftar akaun adsense. Akaun adsense ni adalah di mana anda akan terima duit dari YouTube. Sebenarnya iklan yang muncul di YouTube adalah dari adsense. Kedua-duanya adalah hak milik Google.

Jadi anda perlu daftar akaun adsense terlebih dahulu kemudian linkkan akaun YouTube dengan akaun adsense anda.

Langkah 3 Buat Video dan Edit Video

Sekarang sudah tiba masanya untuk anda fikir idea video untuk YouTube. Sebenarnya idea nak buat video ni lebih sukar dari editing. Tapi saya ada berikan beberapa tips dan idea kepada anda untuk buat video di YouTube.

Lepas dah siap shooting video, kita perlu edit pula video tersebut supaya nampak lebih kemas dan kita buang bahagian yang kita tidak mahu dalam video tersebut. Barulah video kita nampak pro sikit walaupun mungkin content tak begitu menarik.

Antara software video editing yang paling senang digunakan untuk beginner adalah software Filmora 9.

Langkah 4 Upload video

Bila sudah siap rakam video dan edit, sekarang kita perlu upload video tersebut di channel YouTube kita.

Senang je nak upload video ni. Kata orang melayu kacang je.

Kalau anda tidak tahu cara nak upload video boleh lihat tutorial saya cara nak upload video di YouTube.

Saya sarankan kepada sesiapa yang nak upload video tu, guna laptop dan cuba elakkan guna smartfon masa nak upload tu.

Sebab bila kita upload video dekat smartfon kita, banyak fungsi akan dihidekan oleh YouTube.

Kalau anda sekadar nak upload video sebagai simpanan tak mengapa kalau nak upload kat smartfon pun. Tapi kalau serius nak jana pendapatan dengan YouTube, sila guna laptop.

Langkah 5 Sabar dan Konsisten

Akhir sekali yang orang takkan nampak dalam buat duit dengan YouTube ni adalah kesabaran dan konsisten dalam menghasilkan video.

Di YouTube ni memang menjadi lumrah akan sukar terlebih dahulu namun jika anda bersabar dan sentiasa upload video, lama-kelamaan video anda akan mula dikenali orang ramai.

Jadi, anda perlu bersabar dan sentiasa konsisten dalam menghasilkan video. Sebab tu saya sarankan supaya anda buat video yang anda minat sebab bila anda buat video yang anda minat dan bukan sekadar ikut-ikutan, saya yakin anda akan sentiasa menghasilkan video tanpa putus asa.

Ingat, target permulaan anda di YouTube adalah untuk memohon YouTube Partner Program (YPP) iaitu kena memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Lihat syarat penuh memohon YouTube Partner Program.

Gear/Peralatan (Bonus)

Untuk mula buat duit dengan YouTube, anda tidak perlukan modal yang besar. Saya percaya setiap orang sekarang ni sudah ada smartphone sendiri di mana kamera smartfon pada masa kini kualitinya cukup tinggi. Cuma getaran pada video smartfon agak ketara. Namun ia tak jadi masalah jika anda guna gimbal.

Jadi, gunakan smartfon anda tersebut untuk mula menghasilkan video sekaligus upload video tersebut di YouTube.

Lagi lama anda bertangguh semata-mata mencari peralatan yang canggih lagi lambat peluang anda nak jana pendapatan di YouTube.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply