25 Idea Buat Video YouTube (Idea Booster)

0

Anda mencari idea buat video YouTube? Mencari idea video untuk YouTube ni adalah salah satu part yang kritikal sebenarnya sebab ramai yang kecundang di sini.

Anda mugkin pernah lihat ada Youtuber sebelum ni dapat subscribers yang banyak tapi tiba-tiba dia stop buat video yang baru. Itu tandanya ideanya dah kering.

Sebab itu saya sarankan jika sesiapa nak buat channel Youtube dalam niche yang spesifik, pastikan buat niche topiknya boleh dibincang secara meluas dan senang untuk capai seperti niche masakkan, makanan, travel dan sebagainya.

25 Idea Buat Video YouTube

Berikut adalah 25 idea buat video YouTube supaya anda mendapat ilham video apa yang perlu anda buat.

#1. Video Pengenalan Diri

Jika pertama kali anda nak upload video, anda boleh upload video pengenalan diri anda terlebih dahulu.

Mungkin dalam video tersebut anda boleh beritahu umur anda berapa, suka apa, hobi, kenapa nak buat video dan sebagainya. Senang kata cerita semua mengenai anda.

Orang nak tahu, tak nak tahu itu belakang kira sebab itu adalah video permulaan kita.

#2. Ulasan Video Viral

Jika anda lihat video yang sedang viral, cuba ambil peluang di atas video tersebut dengan buat ulasan anda sendiri.

Ramai yang suka lihat ulasan orang lain sebab mereka ingin lihat apa pandangan orang lain berbanding pandangan mereka sendiri.

Jangan cuba copy and paste bulat-bulat seratus peratus video original. Anda perlu masukkan suara anda, muka atau text. Jika anda copy and paste bulat-bulat seratus peratus, channel anda mungkin berdepan dengan copyright strike.

Contoh channel: Moonjay Goodman

#3. Buat Vlog

Sesetengah orang suka lihat kehidupan orang lain. Jadi apa kata setiap tempat yang anda pergi tu anda buat vlog dan cerita pada subscriber anda tempat tersebut.

Bukan tu saja. Dalam rumah pun anda boleh buat vlog tentang kehidupan anda seharian. Mungkin anda boleh buat vlog kemas rumah, bagi kucing makan, jalan-jalan mall dan sebagainya.

Jadi, ambil peluang ni untuk buat video dan upload kat YouTube.

Contoh Channel: Hazim Hamdan Vlogs dan Aishah Habsee

#4. Review Makanan

Setiap produk makanan baru yang keluar, pastikan anda orang pertama yang buat review makanan tersebut. Makanan ni bukan nasi, mee atau roti saja. Mungkin boleh jadi kicap, sos pencicah baru dan sebagainya asalkan ia berkaitan dengan makanan.

Jika anda mampu kekalkan jadi orang pertama yang review makanan yang baru keluar, tak mustahil channel anda boleh dapat view yang banyak.

Contoh channel: Ariey Jojo, Cik Dadida

#5. Challenge Video

Kalau nak buat video challenge yang berkesan buat video challenge yang sedang trending seluruh dunia sekarang ni. Tapi video challenge ni biasanya hanya trending dalam waktu yang singkat. Kalau anda perasan banyak video challenge yang pernah ada sebelum ni seperti mandi ice bucket, sepak tudung botol dan sebagainya. Kalau anda buat video macam ni, confirm anda akan dapat view yang sangat banyak dalam masa yang singkat untuk beberapa tempoh waktu.

Pasal challenge ice bucket ni sampai Bill Gates sendiri yang terjebak.

Selain tu juga, anda boleh create challenge sendiri seperti makan Maggi guna tangan, makan maggi pedas dalam masa 1 minit dan sebagainya. Cuba fikirkan challenge yang menarik orang ramai nak menonton.

Cuba buat video challenge macam ni untuk tarik viewer anda.

#6. Review Sesuatu

Pada channel anda, anda boleh buat apa saja video selagi tidak melanggar polisi YouTube.

Jadi, anda cuba buat review sesuatu barang walaupun dianggap remeh bagi sesetengah pihak.

Sebagai contoh saya bagi idea di sini.

Anda mungkin boleh buat review mengenai plastik sampah yang berbau wangi sebab memang ada jual pun sekarang ni.

Ya. benda macam tu kat YouTube pun anda boleh jadikan idea untuk buat video.

#7. Ada apa dalam telefon aku?

Nampak macam pelik je kan? Sampai dalam telefon sendiri pun nak cerita kat orang ke ada apa?

Ya. Boleh je cerita dan kongsi pada orang ramai apa yang ada dalam telefon anda.

Buat video apps apa yang anda guna dalam telefon anda sekarang ni dan apa fungsi app tersebut.

Walaupun benda ni nampak biasa, orang ramai akan tetap tonton juga.

idea buat video youtube
idea buat video youtube

Jadi, anda pun boleh buat perkara yang sama dan pastikan app yang anda nak ulas tu berguna pada orang lain.

#8. Cover Lagu

Siapa yang ada bakat nyanyi dan pandai bermain gitar, anda boleh cuba buat cover lagu.

Sekarang ni cover lagupun banyak dapat view.

Jadi jangan sia-siakan bakat yang anda ada.

#9. Review Movie

Suka tengok movie atau wayang?

Takkan suka saja kan?

Apa kata lepas anda siap tengok movie anda cuba buat review atau ulasan sikit mengenai movie tersebut.

Buat review movie ni kenalah jujur.

Kalau tak sedap cakap tak sedap, sebab yang akan view nanti bukan budak-budak bawah umur tapi orang dewasa yang akan menilai samaada mereka nak tengok movie tersebut atau tidak.

#10. Ulasan Sukan

Jika anda buat ulasan sukan bolasepak pun sudah cukup sebenarnya. Tak perlu nak tahu semua tentang sukan.

Kalau anda jenis pandai mengulas sukan, buat je ulasan sukan ni sebab setiap sukan ni ada peminat masing-masing.

Tapi kalau anda nak buat bab ulas sukan ni anda mesti betul-betul kena minat. Bukan sekadar ikut orang lain yang dah berjaya dalam ulasan sukan.

#11. Tunjuk Collection

Tunjukkan semua collection yang pernah anda kumpul sebelum ni. Tak kisahlah collection apa pun. Pingat ke, trofi ke, stem ke dan sebagainya.

#12. Video Parodi

Buat video parodi tentang video yang sedang viral sekarang ni. Cara ni akan lebih cepat untuk dapat view. Ramai je orang tunggu nak gelak kalau video tu lucu.

#13. Survival

Jika anda bekas pengakap, askar atau suka camping dalam hutan sorang-sorang, cuba tunjukkan video cara untuk survival dalam hutan.

Contohnya cuba buat video cara nak hidupkan api tanpa batang mancis, cara masak nasi tanpa api, cara simpul tali dan sebagainya.

Video survival pun akan ramai yang tengok.

#14. Room Tour/Room Makeover

Buat video mengenai bilik anda. Buat room tour atau boleh buat video room makeover. Ramai yang nak tengok sebab nak dapat idea decoration bilik macam mana.

#15. Masakkan

Masak memasak ni bukan golongan ibu-ibu saja golongan ayah pun suka masak memasak ni.

Jika anda pandai memasak, buat je video masakkan sebab video masakkan ni antara video yang ramai penonton. Buat video biasa-biasa je pun dah ramai yang view. Contohnya channel Sugu Pavitra.

#16. Tech Review

Buat review pasal gadget samaada yang terkini.

Bolah juga cuba buat sesuatu gadget yang sudah outdate sebab masih ramai lagi yang nak tahu tentang sesuatu teknologi tu walaupun mereka bukan nak beli pun.

#17. Sosial Eksperiment

Apa itu sosial eksperiment?

Sosial eksperiment ni adalah satu ujikaji ke atas masyarakat untuk lihat apa respon dan tindak balas yang mereka akan berikan.

Sebagai contoh, anda berpura-pura jadi miskin dan minta sedekah tepi jalan. Anda cuba buat eksperiment berapa orang yang akan perihatin untuk menghulurkan anda sedikit wang.

Untuk buat sosial eksperiment ni anda mesti ada team sendiri barulah sosial eksperiment anda tu berjaya.

#18. Video Biografi

Buat video biografi mengenai tokoh-tokoh atau orang yang berpengaruh. Sebagai contoh buat video mengenai Tu Mahathir, Mark Zukerberg dan sebagainya. Buat video biografi ni banyak kelebihan. Antaranya orang akan view sepanjang masa dan tidak akan luput.

#19. Video game

Siapa kata main game bazir masa? Bazir masa jika anda tidak pandai urus masa dan tak tahu cara nak jana wang daripada game tersebut.

Rakam semua game yang anda main dan pastikan nak jadi YouTuber gammer ni kena pandai ulas sikit masa main barulah penonton tidak bosan.

#20. Infotainment

Apa itu infotainment?

Infotainment ni adalah sebuah info atau sesuatu fakta yang kita sampaikan dalam bentuk hiburan. Selain orang boleh berhibur, mereka juga dapat ilmu.

Buat je video tentang info atau fakta yang menarik dalam bentuk santai.

#21. Tutorial

Video jenis tutorial ni tak ramai orang tonton sebab video ni bukan jenis hiburan. Tapi, setiap orang akan ada masalah. bila mereka ada masalah, mereka akan cuba cari tutorial-tutorial yang orang lain buat. So kelebihan video tutorial ni ada di situ. Walaupun mungkin view dapat sikit, tapi akan berterusan selagi ia releven.

Contoh video tutorial yang boleh anda buat seperti cara pakai tudung, cara guna iphone dan sebagainya.

#22. Video Animasi

Buat video animasi yang menarik samaada lucu atau seram.

#23. Reaction Video

Video reaction boleh dapat view yang sangat banyak dalam waktu yang singkat.

Sebagai contoh, anda lihat dalam MEDSOS telah viral satu video abang foodpanda mengamuk. Ambil video tu kemudian buat reaction atau ulasan anda sendiri. Confirm anda boleh dapat view yang tinggi.

#24. Simple Eksperiment

Kat Malaysia masih belum ada channel yang buat eksperiment sains macam ni. Sebagai contoh buat video mengenai macam mana air limau boleh aruskan elektrik, apa akan jadi jika telur diletakkan dalam peluntur dan sebagainya.

#25. Drama Pendek

Akhir sekali, video drama pendek adalah salah satu video yang paling ramai ditonton oleh orang. Kalau anda ada bakat dalam menghasilkan drama pendek, boleh la cuba buat.

Kalau korang nak tengok dalam bentuk video, boleh tengok di bawah ni.

Kesimpulan

So, apa yang korang dapat? Dekat YouTube ni, korang boleh buat apa saja yang korang nak buat. Tunjuk apa hobi korang buat setiap hari dan sebagainya. Tiada siapa boleh menghalang selagi ianya tidak melanggar polisi Youtube.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply