Cara YouTuber Jana Pendapatan Dengan YouTube

0

Bagaimana Youtuber jana pendapatan dengan YouTube? Sekarang ini sudah ramai yang sedar bahawa YouTube ni boleh jana pendapatan jika buat kena dengan caranya.

Ada satu tahap tu hanya buat video secara fulltime di YouTube pun boleh jana pendapatan yang sangat lumayan.

Mungkin anda berimpian nak jadi YouTuber yang berjaya kan?

Tapi bagaimana nak berjaya dalam YouTube ni?

Nak berjaya dalam YouTube ni hanya perlukan idea, rajin dan konsisten dalam menghasilkan video. Cukup dengan tiga benda ni saja. Kalau anda nak tips lebih, boleh baca topik yang lepas iaitu 20 Tips Cara Cepat Dapat Subscriber YouTube.

jana pendapatan dengan youtube

Dalam artikel ini pula, saya akan dedahkan kepada anda bagaimana Youtuber boleh buat duit dengan YouTube.

Cara YouTuber Jana Pendapatan Dengan YouTube

Berikut adalah tiga cara major yang paling popular dibuat oleh YouTuber samaada di luar negara mahupun di negara Malaysia sendiri.

#1. Jana Pendapatan Dengan Adsense.

Kebanyakkan YouTuber jana pendapatan melalui adsense kerana setiap view yang dapat, pemilik video tersebut akan mendapat sen dari setiap view.

Bayangkan setiap view akan dapat RM0.01 sen. Kalau dapat 1 juta view bersamaan RM10,000.

Lumayan ke tak?

#2. Jana Pendapatan Dengan Sponsorship

Biasanya yang dapat sponsorship ni YouTuber-YouTuber yang betul-betul influence dan mempengaruhi orang ramai dalam setiap videonya.

Sebab tu syarikat-syarikat yang besar sedang aktif mencari golongan macam ni sebab mereka nak sponsor dan membayar YouTuber tersebut untuk buat review mengenai produk mereka.

#3. Jual Produk Sendiri/Merchandise

Yang ni pun salah satu cara jana pendapatan tambahan dengan YouTube. Jika channel anda sudah mempunyai puluhan ribu sehingga jutaan subscribers, apa kata anda cuba buat produk sendiri dan jual.

Macam contoh channel Ajar.

Sekarang ni subscriber mereka sudah mencecah ratusan ribu subscribers.

Apa yang mereka buat adalah dengan mengambil peluang ini untuk menjual produk mereka sendiri kepada peminat-peminat mereka.

Antara produk yang mereka jual adalah keychain, baju dan sebagainya.

Jadi itulah sebenarnya tiga cara utama bagaimana Youtuber buat duit dengan YouTube.

Selain tu juga ada yang jadi affiliate di mana mereka buat review sesuatu produk dan letakkan link affiliate di description video tersebut. Jika ada orang buat pembelian mereka akan dapat komisyen dari pembelian tersebut.

Tapi kaedah affiliate melalui YouTube di Malaysia tidak begitu memberangsangkan. Kalau diluar negara sebelah eropah, buat duit affiliate melalui YouTube memang berkesan.

Kesimpulan

Pada zaman sekarang ni, buat video pun boleh jana pendapatan yang sangat lumayan. Jadi apa kata kita ambil peluang ini untuk cuba jana pendapatan melalui YouTube dengan tiga cara yang saya beritahu dalam artikel ini.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply