Cara Jadi Youtuber (Step by Step)

0

Apakah proses cara jadi Youtuber? Untuk jadi seorang Youtuber, anda mesti memohon YouTube Partner Program (YPP) dan anda juga perlu memenuhi syarat-syarat YPP yang telah ditetapkan.

Secara ringkas di sini, anda mesti mempunyai subscriber sebanyak 1000 subscriber dan mempunyai jumlah tontonan 4000 jam bagi keseluruhan video di channel anda. Pada masa yang sama anda tidak boleh ada masalah copyright.

Jika anda dah cukup syarat ni, anda sepatutnya sudah layak untuk memohon YouTube Partner Program tanpa ada masalah atau sangkut.

Baiklah.

Itu secara umum saya beritahu.

cara jadi youtuber

Sekarang ni saya akan beritahu secara detail proses-proses yang terlibat sehingga channel YouTube anda diterima untuk menjadi YouTube Partner Program dan seterusnya layak untuk menjadi seorang Youtuber.

Proses Cara Jadi Youtuber

Berikut adalah proses-proses yang perlu anda buat untuk bergelar seorang Youtuber.

Proses #1: Bina Channel YouTube dan Upload Video

Anda mesti bina sekurang-kurangnya satu channel YouTube dan upload video. Jika anda belum buat, sila buat sekarang.

Proses #2: Mohon YouTube Partner Program

Login ke dalam akaun Youtube dan pergi ke YouTube studio. Kemudian, lihat sebelah kanan, klik pada menu Monetization.

cara jadi youtuber

Kemudian, jika anda sudah cukup syarat iaitu mendapat 1000 subscribers dan juga 4000 jam tontonan, anda akan lihat seperti berikut:

cara jadi youtuber

Jika masih belum cukup syarat, anda akan lihat seperti berikut:

cara jadi youtuber

Kalau anda masih belum cukup syarat, permohonan anda akan terhenti sampai sini sahaja dan apa perlu anda buat adalah terus upload video sehingga mencapai syarat minimum iaitu 1000 subscribers dan 4000 jam tontonan.

Klik Notify Me When I’M Eligible untuk YouTube memberitahu anda melalui email bahawa anda sudah layak untuk memohon YPP.

Tapi dalam tutorial ini saya menganggap anda sudah mencapai syarat yang telah ditetapkan.

Jika dah cukup, klik pada Apply now (rujuk gambar sini).

Lepas anda klik pada apply now, anda akan lihat halaman seperti berikut.

cara jadi youtuber

Pada halaman ni, YouTube memberitahu anda apa langkah-langkah yang perlu anda buat untuk memohon YPP ni.

Proses #3: Terima Terma dan Syarat Program

Seterusnya, anda kena lihat dahulu terma dan syarat mereka sebelum join. Kena baca sampai faham supaya anda tidak melanggar polisi YPP.

Klik pada link Start (rujuk gambar sini) dan ia akan keluar seperti ini.

Tick pada I accept the YouTube Partner Program terms. Dan klik pada link Accept Terms.

Proses #4: Daftar Akaun Adsense

Seterusnya, anda perlu daftar Google adsense sebab duit yang dihasilkan dari YouTube akan dimasukkan dalam akaun adsense anda. Kedua-duanya adalah hak milik Google.

Lepas anda dah daftar akaun Adsense, anda perlu linkkan akaun adsense dengan akaun YouTube anda.

Proses #5: Proses Review Channel Oleh Pihak YouTube

Langkah kelima ni adalah langkah terakhir di mana bila anda sudah capai 4000 jam tontonan dan juga 1000 subscribers serta anda sudah linkkan dengan akaun adsense anda, pihak YouTube akan review channel anda secara auto sebelum anda diterima menjadi YouTube Partner Program.

Jika akaun anda diluluskan, anda akan terima email seperti berikut.

Pengalaman saya hanya lulus dalam masa sehari sahaja.

Dengan syarat anda video anda tidak ada langsung masalah copyright.

Kesimpulan

Dalam tutorial dan artikel ini, saya telah tunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana anda nak bermula jika nak jadi seorang YouTuber. Anda kena lalui beberapa proses terlebih dahulu sebelum anda layak bergelar seorang YouTuber.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply