Cara Buat Vlog Travel – Content Apa Patut Ada Dalam Video?

0

Bagaimana cara buat vlog travel? Mesti anda pening nak fikir content apa patut ada dalam video kalau anda pergi bercuti atau melancong. Ini perkara biasa bagi sesetengah pihak terutama yang baru belajar nak buat video d YouTube.

Jangan risau.

Dalam artikel kali ni, saya akan tunjukkan pada anda content apa yang perlu ada jika anda ingin buat video pergi bercuti atau melancong.

Tapi segala idea yang saya kongsikan ni hanyalah pandangan saya semata-mata untuk anda jadikan panduan. Ambil yang mana perlu sahaja yang anda rasakan ianya sesuai.

ini list cara nak buat video travel

Baiklah.

Niche travel ni adalah salah satu niche yang agak popular dan sentiasa mendapat view yang tinggi jika anda buat dengan cara yang betul sebab majoriti manusia suka pergi melancong dan kebiasaannya mereka akan lihat terlebih dahulu tempat tersebut melalui pengalaman orang lain.

Siapa orang lain tu?

Kitalah orang lain.

Jadi, dari sini kita cuba ambil peluang, untuk buat review ditempat-tempat yang kita pergi sekaligus dapat melonjak naik populariti channel kita jika ada orang sentiasa jadikan ia sebagai rujukan sebelum mereka pergi melancong.

Jadi, apa yang perlu ada dalam video dan apa yang perlu anda rakam?

Content Apa Patut Ada Dalam Vlog Travel?

Dalam artikel ni saya akan ceritakan apa yang perlu anda rakam masa buat vlog pergi melancong.

#1. Sebelum Naik Kereta (Kenderaan)

Sebelum anda nak naik kenderaan untuk menuju ke destinasi, tunjukkan anda bahawa anda sedang mengemas baju dalam. Beritahu kemana nak pergi. Tak perlu rakam lama-lama pun, cukup dalam 5-10 saat sahaja.

Kalau ada nak rakam benda lain lagi sebelum bertolak silakan.

#2. Dalam Kenderaan

Masa nak masuk atau masa dalam kenderaan, ini idea yang boleh anda rakam video.

  • Rakam sedang buka pintu kereta kalau pergi dengan kereta. Kalau naik kenderaan awam, rakam masa nak masuk pintu masuk.
  • Rakam video starter bahawa anda sedang start enjin.
  • Rakam beberapa video jalan dan kenderaan yang ada atas jalan raya.
  • Rakam signboard tempat anda nak tuju.
  • Masa nak sampai destinasi tu, rakam pintu masuk ke tempat yang anda nak tuju.

#3. Tempat Penginapan

Yang ni bagi siapa yang pergi menginap tak kira di resort atau hotel. Ini idea yang anda boleh rakam masa nak check in dalam hotel.

  • Rakam video anda sedang menuju ke lobi untuk checkin
  • Masa anda nak checkin mesti anda bercakap dengan pekerja kat situ. Jadi anda cuba rakam percakapan anda dengan pekerja tu.
  • Ambil video masa anda terima kunci atau apa-apa saja aktiviti yang berlaku di situ pada masa tu.
  • Rakam video masa anda nak menuju ke bilik hotel/resort.
  • Buat review mengenai dalam hotel tersebut. Beritahu apa yang ada, apa yang kurang. Di sini buat sehabis baik sebab ramai yang akan tengok part ni sebab mereka nak tahu hotel yang mereka bakal nak duk tu best ke tidak.
  • Kalau kat luar bilik hotel pula, rakam dan cuba beritahu apa yang ada disekitar hotel. Macam contoh kemudahan yang ada apa dia. Kolam renang, surau, kantin dan sebagainya.

#4. Kawasan Persekitaran

Jika tadi kita lihat apa yang ada di hotel tersebut sekarang ni anda boleh buat review pula hotel ni berdekatan dengan apa. Ini idea yang boleh anda rakam.

  • Rakam video dan beritahu pada audience apa yang ada berdekatan dengan hotel tersebut. Macam contoh senang nak cari restoran, ada aktiviti hiking, ada aktiviti flying fox, tunggang kuda, dan sebagainya.
  • Jika ada drone, rakam video dari pandangan atas. Ini pasti jadi video yang rare sebab tak semua memiliki Drone.

#5. Destinasi Utama

Sebagai contoh kalau anda pergi melancong ke Zoo Negara, ini idea yang boleh anda rakam. Kalau tempat lain pun lebih kurang sama ideanya.

  • Rakam anda sedang beli tiket.
  • Beritahu berapa harga tiket. Dewasa berapa, kanak-kanak berapa.
  • Kalau ada signboard zoo negara, rakam.
  • Tunjuk dan rakam video binatang yang ada dalam zoo.
  • Apa saja yang menarik, rakam video

Apa yang saya beritahu atas ni adalah idea-idea yang boleh anda list apa yang perlu anda rakam sebab kadang-kadang saya sendiri pun lupa yang kita ni tengah buat content untuk YouTube. Bukannya sekadar melancong.

Cara dan teknik ambil video anda pula mestilah nampak kreatif sikit. Buat video putar-putar sikit dan cuba cari angle yang cantik. Jangan nampak kaku sangat dan jangan nampak over sangat.

Nanti bila anda nak edit dan compile video nanti, saya yakin ia akan menjadi sebuah video yang menarik untuk ditonton oleh orang ramai.

Mungkin di sini menjadi persoalan macam mana nak rekod video kalau sambil beli tiket, checkin hotel semua tu. Anda perlu stay tune dalam blog ni sebab saya akan ceritakan teknik bagaimana anda bolh rakam video tanpa orang sedar.

Di bawah ni saya bukan nak katakan ia menarik sebab ini pun video antara mula-mula saya terlibat dalam bidang YouTube ni.

Anda boleh rujuk di bawah dan lihat apa yang patut diperbaiki lagi.

Ringkasan

Secara ringkasnya, dalam tutorial ini anda telah belajar macam mana nak buat video YouTube yang berkualliti.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply