Cara Buat End Screen Lepas Habis Tonton Video

0

Bagaimana cara nak buat end screen lepas habis tonton video di YouTube? Pernah tak anda tonton video di YouTube dan pada akhir video tersebut akan ada gambar di mana sebenarnya tu bukan gambar tapi link video bila kita klik ia akan bawa kita ke video tersebut.

Itu kita panggil ia sebagai end screen.

Kelebihan jika kita buat end screen adalah ia serba sedikit akan membantu kita dalam watch hour sebab kita sendiri yang rekemenkan pada akhir video kita dengan video yang lain. Jika mereka rasa tertarik untuk lihat video yang ada pada end screen, mereka akan klik dan tengok.

Ia akan lebih tertarik lagi untuk penonton klik pada end screen kita bila kita paparkan video dengan tajuk yang lebih kurang sama dengan video yang ditontonya.

Contoh end screen yang anda boleh lihat adalah seperti di bawah.

ini adalah contoh end screen pada akhir video di YouTube

Gambar di atas ni adalah screen shot pada akhir video daripada video saya di Blog Faiz.

Bagaimana cara nak buat end screen ni?

Jadi, pada tutorial kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana kita boleh buat end screen pada akhir video kita di YouTube supaya orang lebih berminat untuk klik pada video kita dan seterusnya membantu menaikkan watch hour.

Cara Buat End Screen

Untuk pengetahuan anda, untuk buat end screen ni mestilah dibuat melalui laptop dan bukannya di smartfon anda sebab bila anda buat di smartfon ciri-ciri ini tidak akan dipaparkan.

Jadi nak tak nak anda mesti buat di laptop atau PC sahaja.

Jom kita mulakan tutorial ini.

Langkah 1 Pastikan anda telah ikut cara upload video di YouTube melalui PC.

Langkah 2 Pada bahagian video element, lihat pada Add an end screen dan klik link Add.

Langkah 3 Kemudian anda akan diberi pilihan beberapa template. Pilih saja yang mana anda rasakan ianya sesuai video anda. Sebagai contoh saya akan pilih sebelah kiri.

Pada halaman yang sama, anda boleh pilih pada minit keberapa anda ingin paparkan end screen tersebut.

Drag and drop line yang ada pada timeline untuk adjust minit keberapa untuk paparkan end screen.

Langkah 4 Kemudian, ia akan muncul pada preview video kita. Double klik pada gambar anak panah yang saya tunjukkan untuk pilih video yang anda ingin masukkan.

contoh end screen dalam video di YouTube

Untuk pilihan video yang kita nak masukkan ianya ada tiga jenis iaitu

#1. Most Recent Upload iaitu ia akan paparkan video TERbaru yang telah anda upload sebelum ini. Ia akan berubah secara automatik setiap kali ada video terbaru yang anda upload.

#2. Best for viewer di mana sistem YouTube akan memilih video secara random dalam channel kita yang sesuai dengan video tersebut. Sebagai contoh anda buat review pasal basikal, nanti sistem YouTube akan pilih video yang hampir sama dengan video tersebut.

#3. Choose specific video di mana anda boleh pilih sendiri secara manual video mana yang anda mahu letak dalam video tersebut secara end screen.

Itu adalah tiga pilihan yang boleh anda pilih.

Langkah 5 Lepas dah siap setting, akhir sekali klik save untuk simpan apa yang telah anda ubah.

Sekarang boleh publish video tersebut.

Siap.

Untuk lihat contoh, boleh lihat video di bawah ni.

Kesimpulan

Dalam video ini, saya telah beritahu kepada anda bagaimana kita boleh buat end screen pada akhir video kita di YouTube. Biasanya yang tak tahu nak sebut end screen akan beritahu “macam mana buat gambar boleh tekan lepas habis youtube tu”. Sebenarnya ianya sama sahaja.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

Share.

About Author

Seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak suka dengan manusia yang sombong. Selain itu saya juga suka menulis blog dan berkongsi ilmu atau idea kepada orang lain. Subscribe channel YouTube saya "Blog Faiz"

Leave A Reply